TimeTec Patrol
TimeTec has merged all of its solutions into www.timeteccloud.com, click to
BUTANG PANIK: PENYELAMAT NYAWA
Masih menggunakan sistem walkie-talkie yang lama, di mana pengawal keselamatan tidak boleh memberikan amaran secara senyap kerana bunyi bising yang dikeluarkan peranti tersebut atau kelewatan mendapatkan bantuan disebabkan penghantaran isyarat yang lemah? Lupakan permasalahan di atas sebentar dan tanya diri anda soalan ini: berapa lama rasanya untuk pengawal keselamatan menghantar mesej kecemasan untuk mendapatkan bantuan? Seminit? 30 saat? Dalam pada masa yang sama, banyak perkara yang boleh berlaku dalam 30 saat, apatah lagi satu minit; anda boleh tergelincir di atas lantai basah, kemalangan melibatkan jentera berlaku atau seseorang boleh diragut perompak dalam masa itu.
Oleh kerana itu, Butang Panik TimeTec Patrol direkacipta agar mesej keselamatan dapat diaktifkan hanya dalam masa 3 saat sahaja! Ini merupakan jumlah masa yang diperlukan untuk anda masuk ke dalam ruang ini dan bayangkan jika ini adalah kes kecemasan yang sebenar. Apa yang TimeTec cuba capai ialah untuk mendapatkan bantuan secara serta-merta dalam senario yang melibatkan ancaman jiwa. Apabila diaktifkan, selain daripada mencetuskan bunyi penggera di dalam telefon pintar, notifikasi tentang lokasi pengawal keselamatan terlibat juga akan dihantar melalui sistem TimeTec Patrol untuk mendapatkan perhatian daripada penyelia bertugas di mana sahaja mereka berada. Untuk pendekatan yang lebih halus seperti yang diperkatakan di awal tadi, mod senyap boleh dipilih untuk memastikan bantuan boleh didapatkan tanpa menarik perhatian kepada mereka yang berada di dalam bahaya. Dalam bab sambungan, TimeTec Patrol akan disambungkan ke rangkaian sebaik sahaja adanya sambungan Internet, sesuatu yang tidak sukar dalam era digital serba moden ini.

Ini merupakan beberapa contoh di mana Butang Panik boleh membantu:

  Situasi 1:
Seorang pengawal keselamatan sedang membuat rondaan berdekatan tempat letak kereta di sebuah premis. Beliau memerhatikan sekumpulan individu yang mencurigakan sedang cuba untuk memecah masuk sebuah kereta mewah. Tidak mahu kumpulan tersebut perasan akan kehadirannya kerana ditakuti mereka akan menyerang beliau, pengawal keselamatan itu menggunakan Butang Panik dalam mod senyap untuk memberi amaran kepada pengawal keselamatan lain yang sedang bertugas untuk memberikan bantuan dan menangkap individu-individu terbabit tadi.
  Situasi 2:
Ketika angin ribut sedang melanda, sebatang pohon kayu yang besar patah dan jatuh di atas paip utama di sebuah kawasan kejiranan dan menyebabkan banjir di kawasan berkenaan. Pengawal keselamatan yang sedang meronda di kawasan tersebut terus sahaja menggunakan Butang Panik untuk memberi isyarat kepada pihak berkuasa terbabit dengan mengaktifkan Butang Panik di TimeTec Patrol. Bukan sahaja penggera akan dibunyikan di telefon pintar untuk memberi amaran kepada orang awam yang berdekatan tetapi pengawal keselamatan terbabit juga boleh mengambil gambar kejadian untuk dimuat naik serta-merta, menjimatkan masa untuk memberi penjelasan tentang apa yang berlaku.
Walau bagaimanapun, walaupun kami suka anda menggunakan fungsi ini, perlu diingatkan bahawa ciri ini hanya boleh digunakan apabila terdapat keperluan sebenar untuk bantuan dan bukan untuk dikendalikan secara tidak bertanggungjawab; Katakan Butang Panik yang disertakan dalam Aplikasi Mudah Alih i-Neighbour , yang mana ia disesuaikan untuk penduduk yang memerlukan pilihan pantas untuk menghubungi pengawal peronda di sekeliling untuk mendapatkan bantuan.

\n\nSebaliknya, bagi syarikat keselamatan yang berminat untuk meneroka lebih lanjut dengan TimeTec Patrol, kami memberikan setiap akaun percubaan 7 hari PERCUMA TimeTec Patrol untuk anda merasai semua manfaat teknologi awan dan mudah alih. Cuba Peronda TimeTec! Kami yakin anda akan kagum dengan apa yang kami tawarkan.

\n \nUntuk maklumat lanjut tentang percubaan TimeTec Patrol, sila klik di sini atau e-mel kami di info@timeteccloud.com .\n