TimeTec Patrol
TimeTec has merged all of its solutions into www.timeteccloud.com, click to
Uruskan Perniagaan Keselamatan Anda Dengan TimeTec Patrol

Anda sering menguruskan jadual kerja pengawal keselamatan yang tidak fleksibel? Anda tidak mengetahui di mana pengawal keselamatan anda berada? Atau pernahkah anda terfikir apakah yang sedang pengawal keselamatan anda lakukan di masa kerja dan bertanya adakah mereka ini benar-benar bertugas untuk syarikat? Tidak perlu pergi jauh lagi kerana kami mempunyai penyelesaian awan yang hebat untuk menguruskan syarikat keselamatan anda: TIMETEC PATROL

Di dalam dunia hari ini, maklumat sangat penting untuk setiap organisasi dan ianya dapat menentukan kejayaan sesebuah syarikat. Perkara yang serupa boleh dikatakan tentang industri keselamatan kerana untuk industri ini, setiap saat dan minit boleh bertukar kepada situasi hidup dan mati. Oleh kerana itu TimeTec Patrol merupakan perisian yang akan menyelesaikan semua masalah di atas dan membantu anda menguruskan perniagaan keselamatan anda. Berikut merupakan beberapa sebab mengapa perisian kami sesuai untuk perniagaan anda:

Butang Panik / Laporan Kejadian
Ciri-ciri ini mampu menyelamatkan nyawa. Dengan TimeTec Patrol, pengawal keselamatan boleh menghidupkan ‘Butang Panik’ di telefon pintar mereka dan dalam masa 3 saat, bunyi penggera akan diaktifkan dan notifikasi akan dihantar kepada penyelia bertugas dan ia juga menarik perhatian orang-orang sekeliling untuk memberi bantuan. Dalam pada masa yang sama, pengawal keselamatan juga boleh menghantar laporan kejadian yang berlaku secara serta-merta dengan menggunakan fungsi ‘Lapor Kejadian’ yang ada di dalam perisian. Di samping itu, pengawal keselamatan juga boleh melampirkan gambar bersama dengan laporan sebagai penjelasan dalam kes-kes tertentu yang sukar untuk dijelaskan.
Fungsi Pemantauan Data Dalam Masa Nyata
Pernahkah anda terfikir apa yang berlaku ketika pengawal membuat rondaan? Dengan yuran langganan bulanan yang rendah, TimeTec Patrol menawarkan ciri memantau laluan rondaan yang dibuat oleh pegawai keselamatan yang meronda. Anda tidak perlu berharap yang mereka melakukan tugasan yang diberikan dengan baik, dengan TimeTec Patrol semuanya jelas. Ketika semua data boleh dikumpulkan, pengawal keselamatan bertugas tiada ruang untuk mencuri tulang kerana pihak pengurusan mengetahui segalanya. Dengan TimeTec Patrol, anda diberi peluang untuk melihat apa yang berlaku di dalam black box yang selama ini diambil mudah oleh kakitangan yang bertugas.
ROI Jelas
Walaupun kesan aspek ini bukan jelas dan serta merta seperti aspek-aspek yang dinyatakan di atas, ketidakcekapan pengurusan dan kakitangan akan memberikan impak negatif kepada kecemerlangan syarikat. Oleh kerana itu, TimeTec Patrol menyediakan pelbagai jenis laporan seperti Laporan Rondaan Bulanan, dan masa kerja pengawal keselamatan boleh dibutirkan secara terperinci kepada semua yang terlibat lantas tidak memberi ruang kepada kemalasan dan kerja sambil lewa yang tentu sekali akan menggunakan sumber syarikat dengan cara yang tidak berkesan. Untuk memastikan keberkesanan kakitangan anda secara berterusan, bayar apa yang diperlukan sahaja dan bukan bayar dahulu dan kemudian memikirkan untung ruginya. TimeTec Patrol membenarkan anda untuk melanggan lesen yang diperlukan sahaja dan tambah atau kurangkan bilangan lesen mengikut keperluan syarikat.
TimeTec memberi setiap akaun 30-hari tempoh percubaan PERCUMA untuk TimeTec Patrol agar anda dapat mengalami kecekapan teknologi awan dan juga teknologi NFC. Kami percaya bahawa pelanggan hanya perlu membayar apa yang diperlukan dan juga perlu memeriksa sesuatu produk sebelum membuat pembelian. Cubalah TimeTec Patrol hari ini! Kami yakin anda akan berpuas hati dengan perisian yang kami tawarkan.

Untuk maklumat lanjut tentang TimeTec Patrol, sila klik disini. Atau emel ke info@timeteccloud.com.

Sila Klik Disini